kan teh boleh hilang stress...kata lipton...hahaha
teman tengok la berita sikit....
dalam teman tengok tu...teman terlihat satu tajuk....sini
teman dah mula suka baca berita ni....
sampai je pada ucapan mamat ni....teman berhenti jap....
gelak....hahahahahah......
mamat ni ada cakap.....
"Insya-Allah jika diberi mandat pengundi pada pilihan raya kecil Ahad ini, saya berjanji akan berusaha melakukan apa yang perlu untuk mengatasi masalah banjir di sini,"
weiii....
teman rase takyah la nak berangan tu...
teman rase juak2 kome akan terlingkup la kali ni...
tapi....
dari ape mamat ni cakap...
bukan ke ni jadi isu kerajaan negeri...
takkan nak tunggu mamat ni menang baru nak selesai...
sekarang buat la weiiii...
teman rase juak deme takmau buat sekarang sebab takut kalah nanti rugi...
Tukang Soal: 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'
Ahli Nujum Negara: 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'
Tukang Soal: 'Sebabnya... !!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya. ..'
Soalan 2:
Tukang Soal: 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'
Ahli Nujum Negara: 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO..'
Tukang Soal: 'Sebabnya... !!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar, bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand.!!
Soalan 3:
Tukang Soal: 'Ada sebuah masaelah, Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara: 'UMNO!!!'
Tukang Soal: 'Buktikan..!!'
Ahli Nujum Negara: 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...
Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...
Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...
Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'
Soalan 4
Tukang Soal: 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'
Tukang Soal: 'Dimana terletak kekuatannya. .???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'
Tukang Soal: 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara: 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'
'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. Tapi jangan takut.. dengan umnoApco..... LAWAN... TETAP LAWAN...!!!'
Soalan Extra
Raja:.... 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta..?'
Ahli Nujum Negara: '........... DUIT !!!..'
Raja:.... 'Sebabnya... !!??'
'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'
p/s: Kesimpulannya.... JAHANAMKAN umnoApco sebelum sekalian RAKYAT seMalaysia di JAHANAMKAN oleh mereka.... kah...kah...kah....
LABIS: PAS mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sempena kempen pilihan raya kecil kawasan itu.
Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS pilihan raya kecil DUN Tenang, Salahuddin Ayub, berkata parti itu berpendapat pilihan raya kecil berkenaan pentas paling wajar untuk kedua-dua pemimpin mengadakan debat agung mengenai pelbagai isu negara dan rakyat.
“Kami dari jentera pilihan raya PAS sedia memberi pentas bebas dan berwibawa serta ruang seluas-luasnya bagi kedua-dua pemimpin meyakinkan rakyat dengan hujah mereka atas isu ‘Mengapa Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN) Yang Wajar Disokong Rakyat’,” katanya pada sidang media harian PAS di sini, semalam.
Beliau berkata, partinya juga tiada masalah jika ada mana-mana pihak bercadang menganjurkan debat membabitkan calonnya bagi kerusi DUN Tenang, Normala Sudirman dengan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mengenai usaha memajukan kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Salahuddin menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina berhubung kenyataan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang mendakwa calon PAS ada mengeluarkan kenyataan mempersoalkan penjualan arak kepada seorang pemilik kedai kopi berbangsa Cina di pekan ini.
“Dalam laporan itu menyebut, Cikgu Mala (Normala) ada bertanya kenapa jual arak (terhadap peniaga terbabit)... Cikgu Mala menafikan dan menyifatkan ia sebagai tuduhan berniat jahat untuk menimbulkan ketakutan pengundi Cina.
“Kita minta Ahli Parlimen Labis supaya menyatakan bila dan di kedai kopi mana sekiranya Cikgu Mala ada mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya.
Sumber.....Berita Harian
Weiiii.......
ape punya PM la......takkan nak debat pun takut........
kalau nak jadi PM kene la berani....kerana benar....hehehe
jangan la jadi PM yang shahnon ahmad tulis dulu........hahahaha
bukan nak ajak bertumbuk pun......nak debat je......
ni baru rakyat nak tengok pemimpin ada berani ka.....
kalau tak nak debat....takyahla nak anjur pertandingan debat peringkat dunia....
dok suru budak2 debat....tapi sendiri takut debat.....apa ni aannnneeeyyyy...!!!
baik suruh Najib debat dengan budak sekolah je la.....
baru budak tu tak demam.......hahaha
tapi yela......dengan bik mama pun takut........hhehehe
aku cadang PAS baik ajak bik mama je debat......die pun PM gak.....
alang-alang baik dia je jawab.......aku rasa sesuai sangat.....hahahaha
lagi satu yang aku nak jadi pelik ni........
boleh pulak kate cikgu mala persoal orang jual arak.....
dah la bukti takde....apa punye tuurrr la.....
kalau nak kempen pun jangan la nak fitnah orang baik......
PAS bukan macam puak2 kome......
suke-suki nak maarah orang.....
tapi diri sendiri pun tak betol......
pada rakyat....tengokla pemimpin kome yang barua ni....
sampai masa pandai2 la nak buat macam nmane kan.......
34 penempatan mangsa banjir Oleh Hardi Effendi Yaacob
2011/01/25
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyediakan sekurang-kurangnya 34 unit kediaman membabitkan tujuh blok pangsapuri di Brisbane, Queensland sebagai penempatan sementara pelajar dan keluarga masing-masing yang terjejas dalam banjir besar melanda wilayah itu, baru-baru ini.
Difahamkan, kemudahan itu disediakan secara percuma dengan kerjasama sebuah syarikat korporat Australia bagi tempoh dua minggu sehingga pelajar terbabit dibenarkan pulang ke rumah masing-masing atau mendapat tempat tinggal baru. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Datuk Salman Ahmad, berkata kemudahan itu sebahagian bantuan disalurkan kepada pelajar terbabit kebanyakannya menuntut pada peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Queensland dan Queensland University Of Technology.
“Isu tiada bantuan disalurkan kepada pelajar terbabit tidak sepatutnya timbul. Sejak mula banjir sampai air surut, kita berusaha sebaik mungkin membantu mereka dengan menyediakan tempat tinggal sementara percuma, selain menyalurkan wang belanja, bekalan makanan, pakaian dan keperluan berkaitan.
“Sejumlah RM90,000 disalurkan kepada pelajar terbabit, hasil sumbangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Konsulat Jeneral Malaysia (di Sydney), Kelab UMNO Luar Negara, Puteri UMNO, PETRONAS dan beberapa pihak lain.
“Justeru, laporan (media) semalam adalah tidak tepat dan penjelasan ini diharap dapat membetulkan keadaan,” katanya ketika dihubungi di Canberra, semalam.
Beliau berkata banjir di bandar raya itu mula meruncing, 13 Januari lalu apabila paras air melepasi tahap berbahaya sehingga Kementerian Luar Australia mengeluarkan pekeliling mengingatkan setiap perwakilan asing di negara itu tidak bertindak sendirian dan memasuki kawasan bencana tanpa kebenaran pihak berkuasa.
“Kita terpaksa akur kepada arahan pihak berkuasa atas sebab keselamatan dan saya tidak boleh meletakkan pegawai kedutaan dalam keadaan berisiko.
“Namun, ini bukan isunya kerana pelajar tetap diberikan bantuan Kerajaan Australia, termasuk agensi perkhidmatan kecemasannya yang cukup efisyen melaksanakan tugas mereka,” katanya.
Salman berkata, wakil kedutaan hanya dapat ke tempat kejadian pada 14 Januari, khusus bagi menyalurkan bantuan, disusuli lawatan Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Australia, Zaharuddin Shamsuddin keesokan harinya.
“Ini juga bertujuan mengenal pasti jumlah pelajar kita yang terbabit banjir itu, selain sejauh mana mereka terjejas. Hasilnya, 101 pelajar kita dikenal pasti terbabit dalam bencana itu, tidak termasuk 75 ahli keluarga mereka. Sebanyak 31 rumah pelajar kita tenggelam sepenuhnya, manakala yang lain sebahagian saja,” katanya.
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan di ibu negara semalam menyangkal dakwaan berhubung kegagalan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, termasuk MSD Australia menyalurkan bantuan berkaitan, termasuk bekalan makanan kepada pelajar terbabit dalam banjir besar di Brisbane.
“Hingga hari ini, apa juga bentuk bantuan disalurkan kepada pelajar terbabit, sama ada wang atau makanan melalui perwakilan kita di Canberra dan Sydney. Kutipan wang sumbangan diselaraskan Jawatankuasa Bantuan Mangsa Banjir Pelajar Malaysia dianggotai pelajar atas nasihat wakil kedutaan di sana,” katanya.
Berikutan itu, Wisma Putra menegaskan laporan media menyatakan tiada bantuan dan sumbangan disalurkan kepada pelajar terbabit melalui wakil kedutaan, masing-masing di Canberra dan Sydney perlu diperbetulkan.
Sumber....Berita Harian
Selamat pagi semua.........
lepas teman minum pagi tadi.......teman tegok paper......
tiba-tiba terbace yang kat atas tu....teman dah copy kan.......
kesian la tengok berita nie.......
kat negara teman pulak tu........
tapi yang teman nak bagitau kat sini......
nie satu lagi petanda dunia mau kiamat yop........
bala tuhan pada manusia yang selalu lupa........
cuba kita tengok........benda tu jadi kat Australia......matsaleh tu.......
bala Allah tak kenal dah...
Allah bagi semua sekali.......
kalau ni pun tak boleh nak insaf lagi........
memang hati kome hitam la.........
pakai dynamo pun tak boleh cuci.......
cuba kita tengok bala ni dengan mata hati.....bukan mata lutut....
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menyambung kontrak 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang telah tamat tempoh pada 31 Disember lalu.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kesemua GSTT yang akan disambung kontrak itu adalah terdiri daripada guru sandaran yang terpilih memenuhi syarat utama kelayakan iaitu berpengalaman bertugas selama tiga tahun berturut-turut.
Menurutnya, syarat lain yang perlu dipenuhi ialah bersedia untuk ditukarkan ke sekolah lain.
"Kami telah menjalankan proses saringan dan mendapati 1,614 GSTT yang terdiri daripada 338 guru sandaran sekolah rendah dan 1,276 dari sekolah menengah memenuhi syarat tersebut. Jadi kami mengambil keputusan untuk menyambung kontrak mereka.
"Untuk tujuan itu, kementerian telah mengarahkan jabatan pelajaran di setiap negeri supaya mengambil semula guru-guru sandaran ini dengan segera dan berharap mereka akan mendapat surat tawaran dalam masa terdekat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini GSTT yang masih belum disambung kontrak setelah ia tamat tempoh pada 31 Disember lalu.
Sementara itu, berhubung permintaan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) supaya GSTT yang berpengalaman lebih tiga tahun diberi keutamaan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan guru (IPG), Puad berkata, keutamaan sememangnya telah diberikan kepada golongan tersebut.
Bagaimanapun katanya, tidak semua guru sandaran itu boleh melanjutkan pengajian ke IPG kerana kebanyakannya tidak memenuhi syarat bidang pengkhususan dalam pendidikan di sekolah.
"Kami memberi keutamaan. Sebab itu wujudnya Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC) tetapi masalahnya ialah kebanyakan guru sandaran ini tidak memenuhi syarat pengkhususan dalam mata pelajaran di sekolah.
"Sebagai contoh, guru sandaran yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan sukar untuk dipilih ke IPG berbanding mereka yang mempunyai kelulusan di dalam bidang bahasa dan sejarah kerana kurang pengkhususan terhadap bidang tersebut di sekolah,'' jelasnya.
Sumber...Utusan
Hallloooo....... kawan....
tak tau lagi ka.......
guru PISMP yang kome buat dulu ader lagi tak keje la.......
bagi la sikit rasa kesian.......
teman tau anak lu takde kt program tu........
ingat la mereka pun mau makan jugak........
dulu bukan main sayang lagi........
mana pergi janji kome pada budak2 tu semua weiiii...........
teman simpati la macam ni......
selalu sebut rakyat di dahulukan.......
budak2 ni pun rakyat jugak weiiiiiiii........
haiiiiiyyyyooooooo........
teman teropong sudah lama budak2 ni tunggu la........
iyeeee........
budak2 ni semua bukan anak orang kaya yang ader kepentingan untuk kome kan......
apelah.......
ini satu Malaysia ke......POOOOOORRRRRRAAAAHHHH!!!!!!
LABIS: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata majoriti pelancong asing ke negara ini mengakui Malaysia sebuah negara yang cantik, namun mempunyai masalah dari segi kebersihan.
Beliau berkata, antara aspek kebersihan yang sering dibangkitkan pelawat membabitkan gerai makan, longkang dan tandas. Bercakap kepada pemberita di sini, Yen Yen berkata aspek kebersihan itu akan kekal menjadi masalah jika rakyat negara ini tidak menjadikannya amalan kehidupan. Bercakap kepada pemberita di sini, Yen Yen berkata aspek kebersihan itu akan kekal menjadi masalah jika rakyat negara ini tidak menjadikannya amalan kehidupan.
“Kementerian Pelancongan mengambil kira aduan yang ditimbulkan pelancong. Jadi, kita perlu mengambil kira aspek kebersihan ini,” katanya selepas melancarkan program ‘1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ peringkat daerah Segamat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, semalam.
Mengenai pusat rekreasi itu, Yen Yen berkata, kajian untuk menambah baik kawasan berkenaan akan dilakukan bagi menarik perhatian pengunjung, terutama rakyat Singapura.
“Sebanyak RM2 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan bagi menaik taraf kolam ini. Antara perkara yang akan dikaji adalah caj bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung tempatan dan luar. Saya juga ada menerima cadangan supaya air panas di kolam ini dapat dialirkan," katanya.
Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Yen Yen yang juga Naib Presiden MCA berkata, parti itu akan menggunakan semangat ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Galas bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.
"Kita akan menggerakkan semua jentera yang ada sepanjang tempoh berkempen. Kita gunakan semangat `Galas’," katanya.
Berdasarkan kunjungannya ke kawasan DUN Tenang semalam, beliau yakin pengundi kawasan itu tidak mudah terpedaya dengan isu negatif yang ditimbulkan pembangkang termasuk berkaitan kenaikan harga barangan.
“Kalau mengenai harga naik, itu adalah masalah global," katanya. – BERNAMA
sumber...Berita Harian
Haiiiiyyyyyooooo.........
Malaysia sudah jadi negara kotor ka.....
apa sudah jadi........
hhaahahaa.............
tu pun nak bagitau satu dunia ka.........
wei amoi.........
Negara kotor pun nak kasi tau ka....
memang dulu pun macam tu....
pelik gak....
dah kate cantik...
tapi kotor plak...
belajar mane ni woiiiii..........
rakyat Malaysia ni dah suka sok dengan sampah....
sampah masyarakat pun ader.........hahahaha.........
aku rasa yang buat kotor ni bukan sampah kita buang tu......
tapi sampah masyarakat...... hahahahahahaha..........
WELLINGTON: Gempa berukuran 5.8 magnitud melanda Kepulauan Fiji awal hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bawan laut itu berlaku di 138 kilometer di utara Nuku Alofa, di kedalaman 202 kilometer jam 7.15 pagi waktu tempatan. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii juga tidak mengeluarkan amaran tsunami. - AFP
sumber..Berita Harian
bile dengor je brite nie mesti kite rasa sedih kan.....(taktau la plak kalau takde hati)....
yela.....itu ketentuan Allah.../....
TAPI........kome perasan tak????
DUNIA kita dah banyak sangat gegar2 ni.....
ni petanda ape???
pandai2 la kome fikir...
pada muslim....
dah boleh insaf laaaaaaa..........
takkan time nak hisab baru nak rase insaf.....
dah lambat yop....
manusia yang dok atas tu...(PEMIMPIN).....
dah2 la tu....
tkde ke mane boleh bawak duit tu.........
bukan boleh nak rasuah malaikat macam kome rasuah pegawai2 bawahan kome........