Monday, January 24, 2011

Ada berani ka.....???!!! TAK LA....

PAS ajak Najib debat dengan Anwar di Tenang


2011/01/25

LABIS: PAS mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sempena kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS pilihan raya kecil DUN Tenang, Salahuddin Ayub, berkata parti itu berpendapat pilihan raya kecil berkenaan pentas paling wajar untuk kedua-dua pemimpin mengadakan debat agung mengenai pelbagai isu negara dan rakyat.
“Kami dari jentera pilihan raya PAS sedia memberi pentas bebas dan berwibawa serta ruang seluas-luasnya bagi kedua-dua pemimpin meyakinkan rakyat dengan hujah mereka atas isu ‘Mengapa Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN) Yang Wajar Disokong Rakyat’,” katanya pada sidang media harian PAS di sini, semalam.
Beliau berkata, partinya juga tiada masalah jika ada mana-mana pihak bercadang menganjurkan debat membabitkan calonnya bagi kerusi DUN Tenang, Normala Sudirman dengan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mengenai usaha memajukan kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Salahuddin menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina berhubung kenyataan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang mendakwa calon PAS ada mengeluarkan kenyataan mempersoalkan penjualan arak kepada seorang pemilik kedai kopi berbangsa Cina di pekan ini.

“Dalam laporan itu menyebut, Cikgu Mala (Normala) ada bertanya kenapa jual arak (terhadap peniaga terbabit)... Cikgu Mala menafikan dan menyifatkan ia sebagai tuduhan berniat jahat untuk menimbulkan ketakutan pengundi Cina.

“Kita minta Ahli Parlimen Labis supaya menyatakan bila dan di kedai kopi mana sekiranya Cikgu Mala ada mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya.

Sumber.....Berita Harian


Weiiii.......
ape punya PM la......takkan nak debat pun takut........
kalau nak jadi PM kene la berani....kerana benar....hehehe
jangan la jadi PM yang shahnon ahmad tulis dulu........hahahaha
bukan nak ajak bertumbuk pun......nak debat je......
ni baru rakyat nak tengok pemimpin ada berani ka.....
kalau tak nak debat....takyahla nak anjur pertandingan debat peringkat dunia....
dok suru budak2 debat....tapi sendiri takut debat.....apa ni aannnneeeyyyy...!!!
baik suruh Najib debat dengan budak sekolah je la.....
baru budak tu tak demam.......hahaha
tapi yela......dengan bik mama pun takut........hhehehe
aku cadang PAS baik ajak bik mama je debat......die pun PM gak.....
alang-alang baik dia je jawab.......aku rasa sesuai sangat.....hahahaha
lagi satu yang aku nak jadi pelik ni........
boleh pulak kate cikgu mala persoal orang jual arak.....
dah la bukti takde....apa punye tuurrr la.....
kalau nak kempen pun jangan la nak fitnah orang baik......
PAS bukan macam puak2 kome......
suke-suki nak maarah orang.....
tapi diri sendiri pun tak betol......
pada rakyat....tengokla pemimpin kome yang barua ni....
sampai masa pandai2 la nak buat macam nmane kan.......



 

No comments:

Post a Comment