Monday, January 24, 2011

Bala Allah....

34 penempatan mangsa banjir
Oleh Hardi Effendi Yaacob

2011/01/25

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyediakan sekurang-kurangnya 34 unit kediaman membabitkan tujuh blok pangsapuri di Brisbane, Queensland sebagai penempatan sementara pelajar dan keluarga masing-masing yang terjejas dalam banjir besar melanda wilayah itu, baru-baru ini.

Difahamkan, kemudahan itu disediakan secara percuma dengan kerjasama sebuah syarikat korporat Australia bagi tempoh dua minggu sehingga pelajar terbabit dibenarkan pulang ke rumah masing-masing atau mendapat tempat tinggal baru. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Datuk Salman Ahmad, berkata kemudahan itu sebahagian bantuan disalurkan kepada pelajar terbabit kebanyakannya menuntut pada peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Queensland dan Queensland University Of Technology.
“Isu tiada bantuan disalurkan kepada pelajar terbabit tidak sepatutnya timbul. Sejak mula banjir sampai air surut, kita berusaha sebaik mungkin membantu mereka dengan menyediakan tempat tinggal sementara percuma, selain menyalurkan wang belanja, bekalan makanan, pakaian dan keperluan berkaitan.

“Sejumlah RM90,000 disalurkan kepada pelajar terbabit, hasil sumbangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Konsulat Jeneral Malaysia (di Sydney), Kelab UMNO Luar Negara, Puteri UMNO, PETRONAS dan beberapa pihak lain.

“Justeru, laporan (media) semalam adalah tidak tepat dan penjelasan ini diharap dapat membetulkan keadaan,” katanya ketika dihubungi di Canberra, semalam.

Beliau berkata banjir di bandar raya itu mula meruncing, 13 Januari lalu apabila paras air melepasi tahap berbahaya sehingga Kementerian Luar Australia mengeluarkan pekeliling mengingatkan setiap perwakilan asing di negara itu tidak bertindak sendirian dan memasuki kawasan bencana tanpa kebenaran pihak berkuasa.
“Kita terpaksa akur kepada arahan pihak berkuasa atas sebab keselamatan dan saya tidak boleh meletakkan pegawai kedutaan dalam keadaan berisiko.

“Namun, ini bukan isunya kerana pelajar tetap diberikan bantuan Kerajaan Australia, termasuk agensi perkhidmatan kecemasannya yang cukup efisyen melaksanakan tugas mereka,” katanya.

Salman berkata, wakil kedutaan hanya dapat ke tempat kejadian pada 14 Januari, khusus bagi menyalurkan bantuan, disusuli lawatan Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Australia, Zaharuddin Shamsuddin keesokan harinya.

“Ini juga bertujuan mengenal pasti jumlah pelajar kita yang terbabit banjir itu, selain sejauh mana mereka terjejas. Hasilnya, 101 pelajar kita dikenal pasti terbabit dalam bencana itu, tidak termasuk 75 ahli keluarga mereka. Sebanyak 31 rumah pelajar kita tenggelam sepenuhnya, manakala yang lain sebahagian saja,” katanya.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan di ibu negara semalam menyangkal dakwaan berhubung kegagalan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, termasuk MSD Australia menyalurkan bantuan berkaitan, termasuk bekalan makanan kepada pelajar terbabit dalam banjir besar di Brisbane.

“Hingga hari ini, apa juga bentuk bantuan disalurkan kepada pelajar terbabit, sama ada wang atau makanan melalui perwakilan kita di Canberra dan Sydney. Kutipan wang sumbangan diselaraskan Jawatankuasa Bantuan Mangsa Banjir Pelajar Malaysia dianggotai pelajar atas nasihat wakil kedutaan di sana,” katanya.

Berikutan itu, Wisma Putra menegaskan laporan media menyatakan tiada bantuan dan sumbangan disalurkan kepada pelajar terbabit melalui wakil kedutaan, masing-masing di Canberra dan Sydney perlu diperbetulkan.


Sumber....Berita Harian


Selamat pagi semua.........
lepas teman minum pagi tadi.......teman tegok paper......
tiba-tiba terbace yang kat atas tu....teman dah copy kan.......
kesian la tengok berita nie.......
kat negara teman pulak tu........
tapi yang teman nak bagitau kat sini......
nie satu lagi petanda dunia mau kiamat yop........
bala tuhan pada manusia yang selalu lupa........
cuba kita tengok........benda tu jadi kat Australia......matsaleh tu.......
bala Allah tak kenal dah...
Allah bagi semua sekali.......
kalau ni pun tak boleh nak insaf lagi........
memang hati kome hitam la.........
pakai dynamo pun tak boleh cuci.......
cuba kita tengok bala ni dengan mata hati.....bukan mata lutut....

Pstttt.....banyak kan solat..hehehe
 

No comments:

Post a Comment